Dunia
Football Fans
Advertisements

Stadium International Jakarta (JIS) yang serba mewah ini mengalami kerosakan selepas menerima kehadiran penonton maksimum buat kali pertama.

Majlis pembukaan stadium yang turut dimeriahkan aksi perlawanan persahabatan di antara Persija Jakarta menentang Chonburi berakhir dengan kedua-dua pasukan seri 3-3.

stadium international jakarta runtuh Tembok Stadium International Jakarta Runtuh
Football Fans

Menerusi tinjauan yang dibuat di media sosial Indonesia, rata-rata penyokong bola sepak Indonesia kecewa dengan tindakan penyokong yang hadir merosakkan infrastruktur Stadium International Jakarta dan berharap mereka berubah memandangkan stadium tersebut tidak mempunyai trek larian dan penghalang tinggi seperti kebanyakan stadium di Indonesia.

Advertisements

Stadium International Jakarta siap pada 13 April 2022 dan dibuka secara rasmi pada 24 Julai 2022 dan mampu memuatkan lebih 80,000 penonton.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram