Advertisement
Tempat Duduk VIP Sudah Ditawarkan Kepada Annuar Musa
Dunia
MakanBola
TRW Kelantan FC / Facebook Tan Sri Annuar Musa

Kehadiran ramai penyokong ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada aksi suku akhir Piala Malaysia yang menemukan Kelantan FC bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) seakan-akan gagal membantu pasukan The Red Warriors itu mencipta kejutan.

Kelantan FC telah tewas 0-3 kepada JDT yang menguasai hampir keseluruhan perlawanan. Namun ada cerita menarik yang terjadi ketika perlawanan berlangsung. Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (TSAM) telah hadir ke stadium bagi sama-sama menyaksikan perlawanan tersebut.

Tindakan TSAM duduk bersama-sama penyokong di tempat duduk penonton menimbulkan tanda tanya mengenai layanan yang diberikan kepada ‘Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan’ itu. Persoalan itu diajukan kepada pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham.

“Patutnya TSAM (Tan Sri Annuar Musa) pun turut dijemput di seat VIP itu. Semalam nampak beliau duduk di seat penyokong je. Mungkin beliau tak kisah tapi sebagai penghormatan saya rasa (TSAM) perlu dijemput,” tanya Enchik Payid di laman Facebook TRW Kelantan FC.

Admin Kelantan FC yang melihat persoalan tersebut menjelaskan bahawa tempat duduk VIP sememangnya sudah ditawarkan kepada TSAM namun orang kanan beliau tidak mahu dan senang untuk duduk di seat terbuka penonton

“Untuk pengetahuan Enchik Payid, TSAM sudah dijemput untuk duduk di seat VIP tetapi orang kanan beliau tidak mahu dan senang untuk duduk di seat terbuka penonton,” jelas admin Kelantan FC.

Kelantan bakal bertemu JDT pada 11 November ini bagi aksi timbal balik. Mereka akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim untuk mengejar slot ke separuh akhir Piala Malaysia.