Ads
Tenunan Helang Inspirasi Jersi Ketiga Selangor
Liga Super
Selangor FC

Naib juara Liga Super 2023, Selangor memperkenal jersi ketiga pasukan dengan beberapa corak dan motif yang mempunyai maksud tersendiri.

Advertisements

The Red Giant sebelum ini sudah memiliki dua jersi untuk digunakan di laman sendiri yang berwarna merah sebagai warna dominan beserta belang kuning sementara jersi di tempat lawan pula menggabung warna kuning dan putih.

Advertisements

Kini, bersempena dengan ulang tahun kelima kerjasama di antara Selangor FC dan Joma, jersi ketiga pasukan telah pun dilancarkan secara atas talian menerusi satu video yang dimuat naik pada Jumaat.

Advertisements
Advertisements

Bagi jersi ketiga yang diperagakan oleh Ruventhiran dan Reziq Bani Hani ini, warna biru gelap telah dipilih sebagai warna utama bagi melambangkan kesatuan, kepercayaan dan kesetiaan selain rose gold yang melambangkan gaya keanggunan serta elegen.

Salah satu ciri menarik yang terdapat pada jersi ini adalah bahan fabrik yang digunakan pada jersi Elite menampilkan tenunan helang yang diinspirasikan daripada logo ikon Joma, sekaligus memberikan satu nilai tambah buat versi tersebut.

Advertisements

Menerusi tinjauan MakanBola di ruangan komen, ramai peminat menyuarakan rasa teruja dengan rekaan serta pemilihan warna yang digunakan dan berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan oleh pihak Joma selama lima tahun ini.

Advertisements

Para penyokong yang berminat boleh mendapatkan jersi ketiga ini pada harga RM149 bagi versi replika dan RM249 bagi versi Elite di laman web rasmi Selangor FC atau hadir ke Stadium MBPJ pada 6 Julai untuk menjadi yang terawal yang memperolehnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram