“Terengganu Akan Lakukan Segalanya Untuk Julang Piala Malaysia” – Tomislav Steinbruckner
Piala Malaysia
Faris/MakanBola
Advertisements

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berharap dapat merealisasikan impian pasukan itu menjulang trofi Piala Malaysia 2023 esok.

Kali terakhir skuad Penyu menggondol trofi berprestij itu ialah pada tahun 2001. Pada ketika itu, Terengganu mendapat sentuhan pengendali Imigresen FC, Mat Zan Mat Aris.

Skuad Penyu meraih kemenangan 2-1 ke atas Perak FC pada aksi final Piala Malaysia 2001 menerusi Rosdi Talib dan Sapian Wahid.

Advertisements

Sejak itu, Terengganu gagal menggondol gelaran juara Piala Malaysia biarpun berjaya sampai ke final edisi 2011 dan 2018.

https://twitter.com/nikfalovic/status/1732642525733912588

Walaupun sedar juara bertahan, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) merupakan pasukan pilihan, Steinbruckner berharap dapat membantu skuad Peteh mengakhiri kemarau trofi mereka itu.

Advertisements

“Saya dengar kita sudah lama tidak memenangi (Piala Malaysia) sejak 20 tahun atau lebih. Meraih kemenangan dalam perlawanan sebegini, sudah tentu ia penting untuk semua pemain.

“Saya dengar rakan-rakan baik dalam bola sepak atau dari Terengganu berharap dapat menyokong kelab dan mengakhiri penantian lama (trofi) kelab.

Advertisements

“Anda tahu ini bukan mudah tetapi kita berjanji kepada penyokong untuk membawa piala ini kembali ke Terengganu,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan final hari ini yang disiarkan di Astro Arena.

JDT dan Terengganu bakal beradu di pentas final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram