Terengganu Bakal Tampil Kesebelasan ‘Baharu’ Lawan Selangor?
Piala Malaysia
MakanBola
Terengganu FC
Advertisements

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner bakal membuat perubahan kepada kesebelasan utama menjelang aksi suku akhir pertama Piala Malaysia esok.

Ini kerana beliau perlu mengambil kira perlawanan pertama Piala AFC Kumpulan G yang berlangsung pada 19 September ini. Pada hari itu, skuad Peteh bakal melayan kunjungan kelab A-League, Central Coast Mariners.

Advertisements

Justeru, Steinbruckner mahu memastikan anak-anak buahnya bukan saja kekal cergas. Malah, beliau mahu sesiapa saja yang diturunkan dalam perlawanan esok mampu meraih kemenangan ke atas lawan mereka, Selangor FC.

“Kita akan menghadapi jadual perlawanan yang padat bermula Sabtu ini. Kita bakal menentang Selangor FC dan hanya berselang empat hari kita akan memulakan saingan AFC Cup menentang pasukan Central Coast Marines.

Advertisements

“Selain keletihan, sememangnya kami ingin mengelakkan para pemain mengalami kecederaan. Oleh sebab itu saya ingin setiap pemain sentiasa cergas dan bersedia kerana kita akan buat lebih rotasi pemain untuk perlawanan-perlawanan mendatang,” katanya semalam.

Terengganu dijangka menggunakan aksi timbal balik suku akhir Piala Malaysia sebagai medan membalas dendam terhadap The Red Giants. Ini selepas Selangor telah membelasah Penyu 5-1 dalam aksi Liga Super pada 18 April lalu.

Advertisements

Justeru, aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) esok bakal menjanjikan aksi sengit membabitkan kedua-dua pasukan.