Advertising
Terengganu Berdepan 3 Jaguh Asia Tenggara Bulan Januari
MakanBola
Terengganu FC

Jadual cukup padat bakal dihadapi oleh Terengganu pada bulan Januari ini dengan 3 pasukan besar dari rantau Asia Tenggara bakal menjadi lawan.

Terengganu baru sahaja selesa menghadapi aksi suku akhir Piala Malaysia yang menyaksikan skuad Sang Penyu berjaya mengatasi tentangan sengit oleh pasukan Negeri Sembilan.

Ad

Dengan tamatnya aksi tersebut, Terengganu bakal memiliki tempoh rehat sekitar 15 hari sebelum kembali beraksi pada bulan Januari dengan jadual yang cukup padat serta lawan yang hebat.

Ad

Anak-anak buah Badrul Afzan bakal kembali ke padang untuk bertemu pasukan dari Myanmar, Shan United pada 8 Januari dalam saingan kumpulan Shopee Cup di Stadium Thuwunna, Yangon.

Shan United ketika ini menduduki tangga teratas Myanmar National League dengan 40 mata hasil 14 perlawanan selain merekodkan sembilan kemenangan berturut-turut di pentas domestik.

Ad

Selepas itu, Terengganu bakal kembali ke Pantai Timur bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 17 Januari hadapan di Gong Badak.

Ad

Pertemuan ini bakal menjadi tumpuan ramai memandangkan aksi ini diibaratkan bagai ulangan final Piala Malaysia musim lalu dengan menampilkan dua pasukan terkuat tanah air kini.

Ad

5 hari kemudian, Terengganu bakal menanti kunjungan PSM Makassar dalam saingan Shopee Cup di gelanggang sendiri dengan wakil Indonesia itu kini memimpin carta kumpulan A.

Malah, PSM Makassar juga ketika ini dalam momentum yang baik apabila mengharungi 11 aksi liga tanpa kekalahan untuk berada di tangga keempat Liga 1 Indonesia dengan 27 mata.

Terengganu bakal menutup aksi di bulan Januari dengan sekali lagi melayani kehadiran JDT dalam aksi Liga Super pada 25 Januari dengan kedua-dua pasukan kini berada dalam kelompok atasan liga.