Advertising
Aksi Ulangan Final JDT vs Terengganu Berlaku Lebih Awal
MakanBola
DausJ/MakanBola
Sponsors

Pertemuan ulangan final Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu bakal berlangsung lebih awal pada edisi 2024.

JDT dijadualkan turun menentang juara Piala Malaysia 2021, KL City di peringkat suku akhir dengan perlawanan pertama menyaksikan skuad Harimau Selatan membawa bekalan 2-1 dari Cheras.

Ad

Beraksi di halaman sendiri, JDT pamer karakter lebih tajam dalam aksi timbal balik apabila mudah membenam cabaran KL City untuk mara ke peringkat separuh akhir berbekalkan agregat 6-1.

Ad

Sementara, finalis musim lalu, Terengganu pula tampil hebat dalam aksi suku akhir pertama apabila menewaskan Negeri Sembilan 2-0 hasil jaringan daripada Nelson Bonilla dan juga Safawi Rasid.

Sungguhpun begitu, skuad bimbingan Badrul Afzan hampir dikejutkan oleh Negeri Sembilan dalam aksi kedua di Gong Badak sebelum Terengganu bangkit meneruskan langkah ke separuh akhir.

Ad

Kemaraan JDT dan Terengganu ini bakal menyaksikan dua gergasi bola sepak tanah air ini akan berentap lebih awal di peringkat separuh akhir berbanding di final seperti edisi yang lalu.

Ad

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi lalu, JDT muncul juara apabila menumpaskan Terengganu dengan keputusan 3-1 hasil jaringan Bergson Da Silva, Feroz Baharuddin serta Arif Aiman

Ad

Satu lagi aksi separuh akhir Piala Malaysia 2024 menyaksikan Sri Pahang bakal menanti pemenang antara Kuching City dan Sabah yang akan bertemu dalam perlawanan suku akhir pada Isnin.