Aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menyaksikan Terengganu menang mudah ke atas Negeri Sembilan.
Skuad Peteh membariskan kesebelasan terbaik berkunjung ke Paroi dalam misi membawa kelebihan satu jaringan.
Kapten Terengganu, Safawi Rasid melakukan gelecekan sempurna sebelum melepaskan rembatan melepasi kawalan Aqil Razak pada minit ke-20.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.
Bersambung babak kedua, Skuad Jang tampil dengan serangan balas pantas untuk menyamakan kedudukan.
Kekebalan benteng pertahanan pelawat yang diketuai oleh Shahrul Nizam berjaya menyelamatkan keadaan.
Nelson Bonilla menggandakan kedudukan 2-0 buat Terengganu pada minit ke-86 selepas memanfaatkan kad merah Negeri Sembilan akibat Aliyu Abubakar diperintah keluar padang.
Tambahan masa 5 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Aksi suku akhir kedua Piala Malaysia bakal berlangsung pada 21 Disember 2024 di Gong Badak.