Advertisement
Doakan Terengganu
Piala Malaysia
MakanBola
Terengganu FC

Khabar kurang baik dibawa dari Terengganu memasuki pertengahan musim saingan Liga Malaysia.

Keadaan cuaca yang cukup mencabar bukan sahaja menjejaskan latihan pasukan malah aksi yang bakal diharungi juga cukup mencabar.

Aksi pusingan 16 Piala Malaysia 2024 menyaksikan pertembungan antara Terengganu dan Melaka berlangsung dalam keadaan hujan lebat.

Situasi bertambah buruk susulan paras air yang naik mendadak sekaligus menyebabkan perjalanan aksi di Gong Badak berlangsung dengan kurang lancar.

Terengganu FC dalam satu kenyataan memberikan sokongan padu kepada seluruh negeri di Malaysia terutamanya negeri Darul Iman yang diuji dengan musibah banjir.

“Sama-sama kita panjatkan doa keselamatan dan pemulihan untuk seluruh tempat dan daerah yang dilanda banjir di Negeri Terengganu dan seluruh Malaysia.

“InsyaAllah semoga segalanya beransur pulih dengan izin Allah SWT,” tulis Terengganu dalam satu kenyataan.

Aksi antara Terengganu dan Melaka menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan namun skuad Peteh mara dengan agregat 4-1.

Terengganu akan bertemu Negeri Sembilan pada aksi suku akhir Piala Malaysia yang dijadualkan pada bulan Disember ini.