Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke pentas separuh akhir selepas menundukkan KL City FC.
Pasukan bimbingan Hector Bidoglio menurunkan kesebelasan terbaik dengan Arif Aiman, Bergson dan Heberty mengetuai jentera serangan Harimau Selatan.
KL City pula mempertaruhkan ramai muka baharu setelah beberapa pemain utama seperti Paulo Josue dan Declan Lambert bersama pasukan kebangsaan.
JDT berada di hadapan hasil jaringan Arif Aiman menerusi sepakan penalti pada minit ke-35 sebelum Bergson meletakkan tuan rumah 2-0 di hadapan.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat hadir untuk memberikan tekanan kepada JDT bagi merapatkan kedudukan.
Peluang terbaik KL City hadir menerusi percubaan Brendan Gan namun berjaya dinafikan oleh Syihan Hazmi.
JDT bagaimanapun berjaya menambah dua lagi jaringan masing-masing menerusi Bergson (penalti) dan juga Juan Muniz menewaskan Azri Ghani.
Tambahan masa 6 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Terengganu atau Negeri Sembilan bakal menjadi halangan JDT pada aksi separuh akhir nanti menurut kemas kini MFL.