Terengganu Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu FC telah melakukan permohonan maaf secara terbuka berhubung isu yang melibatkan pemain import baharu mereka iaitu Adidak Kraisorn.

Pihak pengurusan kelab tersebut bagaimanapun tampil dengan satu permohonan maaf berkenaan video pengumuman rasmi ketibaan pemain kebangsaan Thailand itu ke bumi Malaysia.

Hal ini susulan terdapat babak dalam video tersebut yang menyentuh warga Kemboja kerana mengguna pakai imej bangunan Angkor Wat sebagai tanda destinasi asal pemain berusia 31 tahun tersebut.

Advertisements

Perkara ini telah meraih perhatian para penyokong bola sepak Kemboja yang hadir membajiri ruangan komen laman rasmi Terengganu sejak semalam.

Seperti yang sedia maklum, Angkor Wat merupakan bangunan keagamaan yang terletak di barat laut ibu kota Kemboja iaitu Pnon Penh yang dibangun oleh Raja Suryavarman II.

Advertisements

Terengganu menerusi satu tindakan profesional telah menurunkan hantaran tersebut dan menggantikannya dengan video pengenalan baharu.

“Kelab ingin menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Kemboja berhubung kesilapan teknikal berkaitan imej berhubung binaan negara Kemboja dalam video sebelum ini,” ujar kenyataan tersebut ringkas.

Advertisements

Adisak berpindah dari kelab gergasi Thailand, Muangthong United dan keluar dari negaranya buat pertama kali dalam kariernya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram