Advertising
Terengganu Hilang Khidmat Alif Zakaria Hingga Akhir Musim
MakanBola
Terengganu FC

Terengganu FC menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat bek kiri, Alif Zakaria sehingga tamat musim 2024/25.

Ini selepas pengurusan Peteh mengesahkan bek kiri berusia 26 tahun itu perlu berehat panjang akibat kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL).

Ad

Kecederaan yang menimpa Alif itu berlaku dalam aksi separuh akhir kedua Unifi Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 1 Februari lalu.

Ad

Situasi itu menyebabkan jurulatih Peteh, Badrul Afzan Razali mengeluarkan beliau pada separuh masa pertama dan memasukkan Hairiey Hakim sebagai pengganti.

“Ianya adalah bukan satu berita yang ingin kita semua dengar berkenaan salah seorang pemain utama kelab dan semestinya ianya juga bukanlah perkara yang Alif inginkan berlaku kepada dirinya.

Ad

“Untuk Alif, seluruh keluarga Terengganu FC mendoakan untuk Alif Kembali sembuh untuk segera bersama pasukan. Kita tetap bersama dalam situasi ini! Bangkit lebih kuat, Leh!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Alif menjadi pemain Terengganu kedua yang berehat panjang akibat kecederaan. Sebelum ini, Peteh terpaksa melupakan khidmat penjaga gol, Suhaimi Husin.

Ad

Suhaimi terpaksa berehat sehingga akhir musim 2024/25 selepas mengalami kecederaan ligamen medial kolateral (MCL).

Ketiadaan Alif bakal mendorong Badrul menurunkan Hairiey, Firdaus Rusdi atau Faris Rifqi Abdul Rashid sebagai pengganti di posisi berkenaan.

Jurulatih Terengganu itu turut memiliki pilihan menurunkan pemain pertahanan kebangsaan, Safwan Mazlan di posisi tersebut. Safwan mampu beraksi sebagai bek kiri selain posisi bek tengah.

Tidak kira siapa yang bakal dipilih Badrul, ini akan menambah cabaran yang dihadapi Terengganu. Peteh akan berdepan BG Pathum United untuk aksi terakhir Kumpulan A Shopee Cup pada 5 Februari.