Terengganu Kaji Cadangan Sertai Liga A1
MakanBola
Terengganu FC

Terengganu FC tidak menolak kemungkinan beraksi dalam saingan Liga A1 Semi-Pro.

Stadium Astro melaporkan kemungkinan itu timbul susulan kekangan kewangan yang dihadapi pasukan Pantai Timur itu.

Isu ini juga menyebabkan Terengganu beberapa kali dikenakan sekatan perpindahan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada musim lalu dan musim ini.

Hal ini berlaku kerana Terengganu berdepan masalah menyelesaikan tunggakan bayaran pemain import.

Meskipun begitu, pengurusan Terengganu dilaporkan mahu meneliti semua pilihan yang ada terlebih dahulu.

Ini kerana pengurusan pasukan itu perlu menilai semua faktor sebelum memuktamadkan pilihan yang akan diambil.