Advertisement
Terengganu Mahu Rombak Pasukan Bertemu KL Rovers
Piala Malaysia
MakanBola
Terengganu FC

Gergasi pantai timur, Terengganu FC bakal merombak kesebelasan utama pasukan berdepan KL Rovers bagi aksi timbal balik pusingan 16 saingan Piala Malaysia pada Jumaat ini.

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mahu menurunkan pemain yang kurang minit permainan bagi memberi peluang buat para pemain untuk menyinar dan menonjolkan kemampuan masing-masing.

Terengganu kini memiliki bekalan selesa apabila mempunyai kelebihan 4 gol ke atas Kl Rovers sewaktu aksi pertama pusingan 16 tempoh hari.

Namun Tomislav Steinbruckner tetap mahukan anak buahnya meraih kemenangan walaupun sudah selangkah ke suku akhir Piala Malaysia.

“Setiap keputusan yang baik sudah pasti akan meningkatkan lagi keyakinan pasukan serta keupayaan individu pemain, jadi saya akan memberi peluang kepada beberapa pemain yang kurang bermain.” ujar Tomislav Steinbruckner menurut laporan daripada Berita Harian.

Beberapa pemain seperti Habib Haroon dan Adisak Kraisorn juga dijangka tidak dapat diturunkan ekoran masalah kecederaan.

Terengganu yang berjaya menang besar ke atas Kelantan tempoh hari kini semakin yakin dan bersemangat untuk turun berdepan cabaran KL Rovers.