Terengganu Masih Berpeluang Ke Asia Tahun 2024?
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Skuad Terengganu FC dilihat masih berpeluang untuk layak ke pertandingan peringkat Asia pada musim hadapan.

Ini berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John bila ditemubual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Beliau berpendapat sebelum liga bermula, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) perlu menyatakan bagaimana mereka memilih pasukan sebagai wakil Malaysia ke peringkat Asia.

Advertisements

Ini akan membantu pasukan-pasukan mengetahui slot kelayakan Asia yang ditawarkan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Untuk rekod, Malaysia memiliki satu slot kelayakan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan satu slot kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Advertisements

“Mekanisme ini patutnya sudah ditentukan oleh peraturan liga domestik. Sebelum mereka bermula, mereka akan memberitahu pasukan cara bagaimana mereka biasanya memilih wakil Malaysia ke peringkat Asia.

“Jadi, contohnya Malaysia. Boleh pastikan pasukan kedua sama ada dari liga atau piala. Piala pun ada dua kan, Piala FA dan Piala Malaysia. Jadi, yang itu patut ditentukan oleh MFL dan FAM bagi menentukan wakil Malaysia nanti,” katanya hari ini.

Advertisements

MFL sudah menetapkan juara Liga Super bakal layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim hadapan.

Sementara juara Piala FA akan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim depan.

Advertisements

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sudah layak ke ACLE musim hadapan dengan status sebagai juara liga musim 2023.

Bagaimanapun, memandangkan JDT juga sudah menggondol gelaran juara Piala FA 2023, slot ke ACL2 bakal diberi kepada naib juara liga.

Ini disebabkan MFL telah memaklumkan slot tersebut akan diberi kepada naib juara liga sekiranya kedua-dua kejohanan dimenangi pasukan sama.

Selangor FC layak ke ACL2 selepas mengesahkan status sebagai naib juara liga selepas mengalahkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram