Jurulatih interim Terengganu FC, Tengku Hazman Raja Hassan mahu menilai status kecergasan empat tonggak menjelang aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia.
Empat tonggak yang dimaksudkan ialah Azam Azmi Murad, Haqimi Azim Rosli, Kyaw Min Oo dan Safwan Mazlan.
Tengku Hazman tidak mahu terburu-buru menilai kecergasan empat tonggak berkenaan. Ini kerana beliau mahu memastikan mereka benar-benar cergas sebelum kembali beraksi menentang UM Damansara.
Atas sebab itu, Tengku Hazman mahu memanfaatkan tempoh sehingga hari perlawanan untuk menentukan siapa yang akan berada dalam pasukan untuk aksi berkenaan.
“Pada mulanya, kita kena pastikan kerana ada antara pemain kita mengalami kecederaan seperti Safwan dan Haqimi.
“Esok merupakan hari terakhir untuk saya ketahui (status kecergasan) semua, pastikan boleh beraksi atau tidak,” katanya kepada Nadi Bola.
Terengganu memiliki kelebihan dua gol selepas menewaskan UM Damansara 2-0 dalam aksi pertama pada 19 Januari lalu.
Peteh berharap dapat menempah tiket suku akhir apabila bertemu pasukan itu buat kali kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 23 Januari ini.