Advertising
Terengganu Tagih Kudrat 3 Penyerang Import
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Terengganu FC dijangka memanfaatkan kudrat tiga penyerang import menjelang aksi separuh akhir kedua Unifi Piala Malaysia.

Keputusan ini dibuat jurulatih Peteh, Badrul Afzan Razali bagi mengisi kekosongan di jentera serangan pasukan itu.

Ad

Ini disebabkan beberapa tonggak Terengganu tidak dapat diturunkan akibat kecederaan, penggantungan dan klausa pinjaman. Antara pemain yang tidak dapat diturunkan ialah Safawi Rasid dan Azam Azmi Murad.

Ad

Justeru, Badrul menagih kudrat tiga penyerang import tersebut ialah Ismaheel Akinade, Nelson Bonilla dan Nnabuike Chijioke Chukwu.

Beliau berharap sengat yang dimiliki mereka dapat mencipta jaringan buat Peteh dalam aksi berkenaan.

Ad

“Ya, sudah tentu kita akan menurunkan (Nelson) Bonilla, Ismaheel (Akinade) dan CJ (Nnabuike Chijioke) pada petang esok.

Ad

“Saya mengharapkan ketiga-tiga penyerang ini dapat membuat sesuatulah untuk menjaringkan gol pada petang esok,” katanya kepada Nadi Bola.

Ad

Terengganu berharap dapat mengatasi kelebihan agregat 4-0 yang dimiliki Johor Darul Ta’zim (JDT). Ini selepas pasukan itu meraih kemenangan 4-0 pada 17 Januari lalu.

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) itu menyaksikan Romel Morales, Arif Aiman Hanapi dan Bergson da Silva mencipta nama sebagai penjaring.