Terima Kasih Stuart Wilkin
MakanBola
Sabah FC

Stuart Wilkin sah meninggalkan Sabah selepas lebih 3 musim bersama.

Berita perpisahan tersebut dilakukan oleh pihak pengurusan Sabah dalam suatu hantaran di media sosial dengan ucapan terima kasih di atas segala khidmat yang dicurahkan Stuart Wilkin selama ini.

“Terima kasih Stuart Wilkin atas segala, usaha dan komitmen bersama Skuad Badak serta sentiasa memberi yang terbaik dalam setiap perlawanan sejak musim 2022,” umum Sabah FC di media sosial.

Untuk rekod, Stuart Wilkin sertai Sabah secara tetap pada musim 2022 setelah dipinjamkan dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) satu musim sebelum itu dan kekal bersama hingga kini.

Statistik menunjukkan Stuart Wilkin sememangnya jentera penting buat Sabah apabila merekodkan 17 gol selain 21 bantuan jaringan dalam 109 penampilan buat Sang Badak.

Masa depan pemain tengah warisan Malaysia-England kini menjadi tanda tanya peminat setelah wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melihat kepulangan ke JDT ibarat salah satu destinasi buatnya.

Claim Money Packet TnG