“Terima Kasih TMJ” – FAM Akan Bekerjasama Dengan Kelab Untuk Persediaan Piala Asia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2022: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ S Sivasundaram menyifatkan prestasi konsisten pasukan Harimau Malaya adalah hasil kerjasama erat daripada setiap kelab-kelab Liga Malaysia khususnya Johor Darul Ta’zim (JDT).

Jelas Sivasundaram, prestasi pasukan kebangsaan yang menewaskan Kemboja 4-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional semalam, kini mendapat manfaat besar daripada pemain-pemain yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Katanya lagi, FAM sentiasa menghargai setiap peranan yang diberikan oleh kelab-kelab di mana beliau percaya skuad Harimau Malaya mampu menyinar di pentas antarabangsa dalam masa akan datang.

Advertisements

“Kejayaan hari ini bukan datang dalam tempoh satu malam. Kita semua harus berterima kasih kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa menyokong pasukan kebangsaan dan banyak memberikan idea-idea yang positif.

“Kejayaan skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2024 adalah hasil daripada resepi pemain-pemain yang lengkap seperti JDT yang sebelum ini telah melakarkan sejarah apabila muncul sebagai kelab pertama Liga Malaysia layak ke pusingan 16 ACL termasuk juga pemain-pemain dari Kuala Lumpur City FC yang mara ke pentas final Piala AFC dan Kedah Darul Aman FC layak ke pusingan aksi separuh akhir Zon Asia Tenggara Piala AFC.

“Sumbangan pemain-pemain JDT tidak perlu dipertikaikan lagi dan FAM percaya bahawa koleksi kejayaan mampu dilakar lebih banyak jika kita memiliki kelompok pemain yang lebih banyak bermain di peringkat tertinggi seperti ACL dan Piala AFC,” katanya kepada pemberita.

Advertisements

Dalam masa yang sama, Sivasundaram juga berharap agar mana-mana pihak tidak cuba memainkan sebarang sentimen dengan menganggap JDT tidak memiliki agenda nasional selepas sebahagian besar pemain skuad Harimau Selatan tidak menyertai pasukan bimbingan Kim Pan Gon dalam persiapan Piala Mitshubishi Eletrik AFF 2022 pada bulan ini.

Sebaliknya, Sivasundaram percaya FAM memiliki perancangan tersendiri di mana mereka berhajat untuk mengembangkan lagi kelompok pemain-pemain berkualiti dan diuji pada Piala AFF sebelum dibawa Pan Gon dalam aksi kejohanan Piala Asia akan datang.

“Pemain-pemain berkualiti seperti JDT sentiasa menjadi keutamaan buat pasukan kebangsaan. Perkara itu tidak perlu disangkal lagi.

Advertisements

“Saya berpendapat mungkin segelintir pihak keliru di mana FAM dalam kenyataan rasmi sebelum ini telah menerangkan objektif senarai panggilan pasukan kebangsaan iaitu mahu mengembangkan kelompok pemain-pemain.

“Dalam kenyataan rasmi itu FAM sendiri menyatakan bahawa; Peraturan Status Perpindahan Pemain Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA); Lampiran 1: Bahagian Pelepasan Pemain Kepada Pasukan Kebangsaan Perkara 6 yang menyatakan bahawa kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain di luar jendela antarabangsa atau pertandingan dan tidak wajib melepaskan pemain yang sama untuk lebih dari satu perlawanan akhir pasukan wakil “A” setiap tahun di mana pengecualian kepada peraturan ini boleh ditetapkan oleh Majlis FIFA bagi Piala Konfederasi FIFA sahaja.

“Jadi hentikan spekulasi liar di mana FAM percaya dengan ketiadaan pemain-pemain utama sebelum ini bakal dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pan Gon untuk mencari lagi pemain-pemain alternatif untuk dibawa ke Piala Asia akan datang,” katanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram