Pasukan ikonik dari Liga Perdana Singapura, Home United telah mengubah namanya menjadi Lion City Sailors berikutan perubahan hak milik kelab.
Syarikat teknologi Singapura, SEA yang sebelum ini dikenali sebagai Garena telah mengambil sepenuhnya hak milik Home United sebelum bermulanya musim baru Liga Perdana.
“SEA berbangga menjadi syarikat Singapura, dan kami berbangga menjalankan tanggungjawab kami membawa bola sepak Singapura ke peringkat lebih tinggi,” jelas Mr Li.
Penajaan selama 2 tahun ini melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM12 juta di mana, RM6 juta diberikan tunai manakala RM6 juta lagi untuk pembangunan bola sepak.
Di bawah pemilik baru ini, Lion City Sailors mensasarkan kejuaraan domestik dan layak ke Liga Juara-Juara AFC.