Terjah Sampai Nak Tercabut Kaki Lawan, Pemain Ini Tak Akui Kesalahan
TV
Manuel
Advertisements

Terjahan yang dibuat seorang pemain Afrika Selatan sehingga mematahkan kaki lawannya menjadi bualan di media sosial.

Itu yang berlaku kepada bekas penyerang Afrika Selatan, Bernard Parker apabila diterjah keras pemain tengah Mamelodi Sundowns, Bongani Zungu.

Peristiwa ini berlaku apabila Sundowns turun menentang TS Galaxy untuk aksi pusingan pertama Carling Knockout Cup yang berlangsung baru-baru ini.

Advertisements

Terjahan keras yang dilakukan Zungu mengakibatkan bekas penyerang Kaizer Chiefs itu mengalami kecederaan patah kaki dan terpaksa diusung keluar.

Susulan itu, bekas pemain Glasgow Rangers itu kemudiannya dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Walaupun sudah dilayangkan kad merah, Zungu masih tidak mengakui kesalahannya itu sebelum diarah meninggalkan padang.

Advertisements

Klip video terjahan itu tular di media sosial dengan ramai peminat bola sepak menyelar perilaku pemain berusia 31 tahun itu.

Dengan kecederaan sebegitu rupa, ramai menjangkakan Parker mungkin terpaksa bersara lebih awal daripada dunia bola sepak.

Untuk makluman, musim 2023 merupakan musim ke-17 beliau sebagai pemain bola sepak profesional.

Advertisements

Parker, 37, kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan bagi menstabilkan semula kakinya yang patah itu.

Dan dalam satu hantaran video terbaru di Instagram, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan prihatin kepada keadaan yang dialaminya.

Zungu dijangka berdepan hukuman lebih berat daripada pihak berkuasa bola sepak Afrika Selatan termasuk tempoh penggantungan yang lebih lama.

Advertisements

Insiden ini secara tidak langsung memberi dorongan kepada TS Galaxy untuk menyingkirkan Sundowns menerusi penentuan sepakan penalti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram