Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim berhadapan dengan situasi yang cukup hebat apabila terjahan keras terhadapnya kelihatan sungguh mengerikan.
Bintang bertubuh kecil itu sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mengemudi jenyera serangan Selangor yang menyaksikan pasukannya mencatatkan kemenangan 1-0.
Bekas pemain Terengganu itu bagaimanapun menerima tengangan hebat terutamanya dari barisan pertahanan The Rhinos yang tidak memberikannya ruang untuk bergerak.
Faisal juga banyak memberi masalah terutamanya menerusi hantaran-hantaran berbahaya ke dalam kotak penalti lawan.
Perlawanan tersebut berlangsung hangat apabila pemain berusia 25 tahun itu dilihat beberapa kali menerima asakan keras setiap kali mendapat bola.
Menerusi satu perkongsian oleh Faisal sendiri di laman Instagram, beliau memaparkan keadaan kakinya sejurus tamat perlawanan yang kelihatan berbekas disebabkan oleh terjahan keras yang dilakukan pemain lawan.
Momen ini dijangka berlaku pada babak akhir permainan apabila satu terjahan yang dilakukan oleh pemain veteran Sabah, Amri Yahyah sehingga dilayangkan kad kuning terhadapnya.
Keadaan ini bagaimanapun dilihat sebagai kecederaan yang tidak akan mematahkan semangat pemain ini untuk terus memberikan yang terbaik buat pasukan.
Khidmat Faisal sudah pasti menjadi taruhan Cheng Hoe untuk berdepan JDT pada aksi berikutnya.