Terjahan ‘Kungfu’ Pemain Liga Honduras Hampir Patahkan Kaki Lawan
TV
Deportes TVC
Advertisements

Pemain pertahanan Honduras, Andre Orellana menjadi tumpuan hari ini gara-gara terjahan ala kungfu yang dibuat dalam perlawanan hari ini.

Orellana yang beraksi untuk CD Marathon membuat terjahan tersebut pada minit ke-88 tatkala pasukannya ketinggalan 1-0 kepada Olimpia.

Apa yang membuatkan terjahan ini menjadi bualan ialah terjahan beliau mengakibatkan dua pemain Olimpia terjatuh dan terbaring kesakitan.

Advertisements

Dan itu sudah cukup buat pengadil melayangkan kad merah kepada Orellana kerana membuat terjahan yang membahayakan pihak lawan.

Selepas perlawanan, beliau memohon maaf atas apa yang berlaku. “Sejujurnya, itu salah saya dan saya mohon maaf kepada semua, kita manusia dan kita belajar daripada kesilapan,” katanya kepada DIEZ.

Ironinya, beliau dipinjamkan Olimpia kepada Marathon selama semusim dengan perjanjian itu dibuat pada Januari lalu. Sejak itu, Orellana telah membuat enam penampilan untuk kelab berkenaan mengikut statistik terbaru Transfermarkt.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram