Advertisement
Terjahan Mengerikan Pemain Kuching City Ini Dianggap ‘Biasa’ Oleh Pengadil
Dunia
MakanBola
Perak FC & Astro Arena

Terjahan keras pemain tengah Kuching City, Zahrul Nizwan terhadap pemain Perak, Syukri Baharun dianggap ‘biasa’ oleh pengadil.

Ini selepas pengadil perlawanan, Muhamad Faisal Ridzuan tidak melayangkan sebarang kad kepada pemain Kuching City itu walaupun terjahan tersebut begitu mengerikan dan layak dihukum dengan layangan kad merah.

Pada minit ke-88 permainan, Syukri telah diberi kepercayaan oleh pengendali Perak, Yusri Che Lah untuk masuk menggantikan Hakimi Md Isa. Selang dua minit selepas dimasukkan, beliau terus dikasari pemain lawan.

Kekasaran tersebut telah mengundang kecederaan kepada Syukri dan beliau terpaksa diusung keluar padang. Keputusan pengadil perlawanan tentang insiden tersebut menjadi tanda tanya dan dipersoal ramai peminat dan pemerhati bola sepak tempatan.

Syukri yang baharu saja pulih dari kecederaan Medial Collateral Ligament (MCL) terpaksa berdepan detik sukar sekali lagi apabila ada kemungkinan buat beliau mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Satu potongan video telah dikongsikan TBG Super Fans awal pagi ini, Syukri keluar dari perkarangan hotel dengan berkerusi roda.

Aksi malam semalam merupakan penampilan pertama buat Syukri Baharun di pentas Liga Super sebaik sahaja pulih dari kecederaan. Perak bagaimanapun berjaya mengutip tiga mata berharga, menewaskan Kuching City dengan keputusan 2-1.