TERKINI: Gara-gara Memiliki ‘Air Batu’ Bekas Pemain Kebangsaan Malaysia Ditahan Polis
Dunia
Advertisements

Seorang bekas pemain skuad kebangsaan Malaysia telah ditahan oleh pihak polis selepas didapati memiliki bahan terlarang, semalam.

Pemain yang dilahirkan di negeri pantai barat Malaysia itu pernah beraksi dengan 3 pasukan sepanjang karier bola sepaknya selain pernah menganggotai skuad kebangsaan bawah 23 tahun serta skuad senior kebangsaan.

Selepas bersara dari karier profesional, beliau dikatakan terlibat dengan aktiviti bola sepak disebalik tabir tetapi tidak berpanjangan dan akhirnya dilaporkan ditahan pihak berkuasa kerana memiliki ‘air batu’.

Advertisements

Secara kasarnya, sudah beberapa tahun nama bekas pemain ini ‘tenggelam’ dan hampir tiada berita mengenai aktiviti bola sepak dikaitkan dengannya dan jika didedahkan pastinya seluruh peminat bola sepak negara akan kenal namanya.

6 kali menjulang kejuaraan liga super bersama 2 pasukan berbeza adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan selain beberapa lagi medal kejuaraan piala serta kejohanan diperingkat antarabangsa yang tidak ramai pemain kebangsaan lain miliki.

Sayangnya, tanpa diketahui apakah punca penglibatan beliau sehingga ditahan ini sedikit sebanyak akan memberikan imej tidak baik kepada industri bola sepak negara.

Advertisements

Bagaimanapun, diharapkan beliau akan mengambil pengajaran atas kesalahan ini dan kembali menabur ilmu bola sepak yang dimiliki kepada generasi muda demi kelestarian bola sepak Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram