Pasukan Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC terus kebuntuan rentak apabila diikat oleh pasukan tangga ke-10 liga, Sukhotai FC di laman sendiri.
Xavi Moro dilihat terus memberi kepercayaan kepada bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid untuk membawa cabaran pasukan apabila sekali lagi diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan.
Permulaan seakan malap buat tuan rumah alabila hasil penelitian VAR menyaksikan pemain mereka, P. Seusakul dilayangkan kad merah seawal minit ke-16.
The Dragons terus berusaha melakukan permulaan cemerlang dan berjaya meledak gol pembukaan menerusi penyerang sensasi Thailand, Sittichok Kannoo pada minit ke-24.
Gol ini nyata tidak bertahan lama apabila pasukan pelawat menjaringkan gol penyamaan menerusi Baggio pada minit ke-38.
Bersambung babak kedua, mereka terus menggandakan usaha namun kekebalan benteng pertahanan lawan menafikan setiap gerakan.
Ratchaburi hampir dihukum pada minit ke-66 apabila pengadil memberikan penalti kepada lawan namun akhirnya dibatalkan oleh VAR.
Safawi juga dilihat kurang diberikan ruang apabila setiap pergerakannya dirantai kemas oleh pihak lawan.
Keputusan ini kekal hingga tamat wisel permainan sekaligu menyaksikan mereka terus kemarau kemenangan.