Advertisement
Thai League 1: Safawi Rasid & Ratchaburi Terduduk, Tewas Kepada Pasukan Kedua Tercorot
Asia Tenggara
MakanBola
Ratchaburi FC

Hasrat pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid menjadi nadi utama ketika membantu pasukannya tidak kesampaian apabila tewas kepada Lampang FC hari ini.

Kapten Harimau Malaya itu terus menjadi sandaran utama pasukan untuk menajamkan lagi jentera serangan pasukan.

Pada babak pertama, kedua-dua pasukan beraksi seimbang dan saling bertukar serangan ke arah gawang lawan masing-masing.

Peluang terbaik anak didik Xavi Moro hadir menerusi serangan balas pantas namun rembatan Moussa Sidibe berjaya ditempis oleh penjaga gol lawan.

Bersambung babak kedua, langkah The Dragons tersekat apabila dikejutkan oleh jaringan Pakom Seekaewnit pada minit ke-56.

Ratchaburi terus menggandakan usaha untuk mendapatkan jaringan penyamaan namun kekebalan barisan pertahanan Lampang menafikan setiap gerakan.

Safawi dikeluarkan pada akhir babak kedua bagi memberi ruang kepada Pattarapol Khamsuk.

Keputusan ini kekal sehingga tamat wisel permainan sekaligus menyebabkan Ratchaburi jatuh ke tangga ke-5 Liga 1 Thailand dengan 33 mata.