Thai League 1: Safawi Rasid & Ratchaburi Terus Buntu Diikat Chiangrai United

Pawi Thai Thai League 1: Safawi Rasid & Ratchaburi Terus Buntu Diikat Chiangrai United
Ratchaburi FC
Nik Faris @nikfalovic
9:00pm 11/03/2023

Pasukan Thai League 1, Ratchaburi FC terus dihukum apabila gagal mencatat kemenangan ke atas Leo Chiangrai United.

Anak didik Xavi Moro turun dengan motivasi terbaik untuk mendapatkan jaringan namun perubahan formasi sedikit mengurangkan keberkesanan serangan pasukan.

Gandingan Safawi Rasid bersama rakan sepasukan juga dilihat kurang efektif tatkala gawang gol Chiangrai tidak banyak teruji.

Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Bersambung babak kedua, kelebihan seakan memihak kepada The Dragons apabila pemain lawan dilayangkan kad merah susulan kekasaran yang dilakukan.

Namun begitu, ia seakan tidak banyak memberi kesan kepada pasukan pelawat untuk memecah kebuntuan sungguhpun menguasai perlawanan dengan baik.

Sungguhpun Ratchaburi kelihatan kembali garang pada babak akhir permainan, ia jelas tidak cukup untuk membawa pulang 3 mata.

Safawi juga dikeluarkan pada babak kedua untuk memberi laluan kepada Moussa Sidibe beraksi.

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksikan mereka kekal menghuni tangga ke-4 saingan Liga Thai selepas 23 perlawanan dengan 35 mata.