Kecemerlangan aksi kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid terus membawa sinar buat Ratchaburi apabila mencatat kemenangan ke atas Samut Songkram.
Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan bagi dalam misi besar untuk mara ke pentas separuh akhir.
Walau bagaimanapun, The Dragons dikejutkan dengan gol awal apabila pemain pertahanan, Park Jun Heong menjaringkan gol sendiri.
Namun begitu, anak didik Xavi Moro kembali bangkit pada akhir babak pertama menerusi jaringan Anon Amornlertsak.
Ini seakan menjadi tonik kebangkitan buat Ratchaburi dan Safawi Rasid sekali lagi bertindak sebagai wira apabila melorongkan bola dengan cukup cantik kepada Kritsananon pada minit ke-52.
Keputusan ini kekal sehingga tamat wisel permainan sekaligus membaa cabaran kelab ke peringkat seterusnya.