Thai League Cup: Dion Cools Cemerlang Bantu Buriram Ke Separuh Akhir
Asia Tenggara
MakanBola
Buriram United
Advertisements

Ketenangan bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools membantu Buriram mara ke separuh akhir Thai League Cup. Ini selepas Thunder Castle berjaya menewaskan Bangkok United 3-0 di Stadium Thammasat.

Walaupun berstatus pasukan pilihan, Buriram terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 untuk membuka tirai jaringan. Pemain tengah Suphanat Muenta membua jaringan buat pasukan pelawat selepas menanduk sepakan percuma Theerathon Bunmathan.

Advertisements

Tuan rumah menyangka dapat bangkit pada babak kedua. Malangnya, hasrat mereka terencat lagi apabila bekas penyerang Newcastle United, Haris Vuckic menanduk masuk hantaran Jonathan Bolingi pada minit ke-50.

Derita tuan rumah terus bertambah apabila pemain tengah Serbia, Goran Causic melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol tuan rumah. Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Lebih manis, ketenangan Dion mengawal barisan pertahanan memastikan tuan rumah mara ke separuh akhir tanpa dibolosi.