Thailand Jadi Destinasi Manchester City Asah Taring
Dunia
Manchester City
Advertisements

Dengan saingan EPL kini memasuki separuh kedua musim, beberapa pasukan sudah mula merancang program pra-musim 2023-2024. Dengan Manchester United bakal menjalani pra-musim di Amerika Syarikat, jiran mereka Manchester City pula bakal menjalani pra-musim di Jepun dan Thailand.

Hal ini didedahkan oleh akhbar Daily Mail beberapa hari lepas. Mereka dikatakan turut mengatur dua perlawanan di Jepun dan Thailand pada pertengahan Julai ini.

Ini merupakan pra-musim pertama mereka di Asia sejak 2019. Pada tahun tersebut, Citizen mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Jepun, Yokohama F. Marinos yang juga sebahagian daripada kelab-kelab yang dimiliki pemilik City, City Football Group (CFG).

Advertisements

Sebelum ke Jepun, anak-anak buah Pep Guardiola singgah dahulu di China sebelum meneruskan perjalanan ke Hong Kong. Semasa di Negara Matahari Terbit itulah, Guardiola merasa teruja dengan kemudahan yang dimiliki Marinos.

Bagaimanapun, buat masa ini, City belum memuktamadkan program pra-musim 2023-2024 mereka. Tetapi yang pasti, kehadiran mereka di Asia untuk program pra-musim sudah pasti membuatkan peminat-peminat EPL teruja.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram