Advertising
Thailand ‘Kongsi Ilmu’ Dengan Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Thailand memberikan pengajaran berguna kepada skuad kebangsaan Malaysia.

Aksi pembukaan Piala Mitshubishi Electric ASEAN (AMEC) menyaksikan Harimau Malaya kendalian Pau Marti dikejutkan dengan keputusan 2-2 menentang Kemboja.

Ad

Skuad negara dipaksa bangkit untuk menyamakan kedudukan dan berterima kasih atas ledakan Fergus Tierney pada minit ke-74.

Ad

Nasib berbeza dialami oleh Thailand apabila melakar kemenangan besar 10-0 ke atas Timor Lest untuk mendahului carta Kumpulan A.

Changsuek memberikan pengajaran berguna buat Harimau Malaya yang selepas ini bakal berdepan Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 11 Disember.

Ad

Thailand yang juga juara bertahan turun dengan skuad B namun dilihat kekal memperagakan rentak sama di bawah kendalian Masatada Ishii.

Ad

Harimau Malaya memerlukan kemenangan sulung pada peringkat kumpulan tatkala cabaran getir aksi ketiga menanti skuad negara apabila bakal berdepan dengan Gajah Perang di Bangkok.

Ad

Thailand ketika ini merupakan pasukan terbaik di Asia Tenggara (97) manakala Malaysia ke-4 di tangga ke-132 dunia selepas kehilangan -0.9 mata kepada Kemboja.