Theerathon Bunmathan: Kita Cukup Bagus Untuk Kalahkan Malaysia
Dunia
Changsuek
Advertisements

Ketua pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan dengan yakin menyatakan bahawa skuad Gajah Perang kali ini mampu menewaskan Malaysia.

Meskipun Thailand tidak pernah menang dalam lima perlawanan sebelum ini, bekas pemain Vissel Kobe itu percaya pasukannya mampu melangkah jauh dalam saingan kali ini.

“Saya tidak mahu kedengaran sombong, tetapi saya amat yakin pasukan Thailand ini cukup bagus untuk menewaskan Malaysia,” kata Theerathon dipetik daripada Mainstand.

Advertisements

“Ramai orang fikir saya sedang menunjuk-nunjuk, tetapi tidak, saya hanya yakin dengan pasukan saya.

“Saya tidak peduli dengan statistik, ia hanya sesuatu yang dibangkitkan,” katanya.

Pemain berusia 32 tahun itu bagaimanapun mengakui empat pasukan yang mara ke separuh akhir semuanya mempunyai kualiti mereka tersendiri.

Advertisements

“Terpulang kepada kami bagaimana kami beraksi dan sejauh mana kesungguhan kami pada hari itu.

“Kesemua empat pasukan yang tinggal sangat berbakat, tetapi saya yakin dengan pasukan kami,” katanya lagi.

Skuad Gajah Perang akan bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan pertama dalam saingan separuh akhir pada Sabtu ini jam 8:30 malam.

Advertisements

Untuk pengetahuan, Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari perlawanan akan dibanjiri dengan 59,000 penyokong.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram