Thomas Tuchel Pun Sebenarnya Tak Tahu Apa ‘Fungsi’ Kai Havertz Dalam Sistem Chelsea
Dunia
LDN
Advertisements

Jurulatih pasukan Chelsea FC, Thomas Tuchel dalam satu temubual mendedahkan bahawa beliau sendiri pun tidak pasti mengenai posisi yang dimainkan oleh pemain muda pasukannya iaitu Kai Havertz.

Jurulatih kelahiran Jerman itu seringkali menurunkan bekas pemain Bayer Leverkusen itu sering bermain sebagai pemain ‘False 9’ dalam sistemnya.

Walau bagaimanapun, ketika ditanya mengenai posisi sebenar pemain itu, Tuchel mengatakan bahawa beliau sendiri masih tidak pasti.

Advertisements

‘Saya sendiri pun tidak pasti.’

‘Saya melihat beliau (Havertz) seperti Dennis Bergkamp, Robin Van Persie dan juga Berbatov.’

Advertisements

Bukan itu sahaja, beliau turut mengakui bahawa pemain itu lebih selesa memainkan peranan dengan menyelinap masuk ke ruang berbanding hanya kekal berada di hadapan untuk menunggu bola.

Malah, Tuchel mengakui Havertz mempunyai kebolehan yang baik menerusi larian-lariannya  untuk masuk ke dalam kotak penalti.

Advertisements

Sungguhpun bintang Jerman itu seringkali disamakan dengan bintang Bayern Munich, Thomas Mueller, namun Tuchel percaya Havertz memiliki kualiti dan sentuhan tersendiri.

Pemain itu kini menjadi watak utama di barisan serangan pasukan sehingga berjaya mara ke pentas separuh akhir Piala FA selain menjadi watak penting sungguhpun tewas kepada Real Madrid baru-baru ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram