TicketHotline Alami Masalah Gangguan Server, Sebahagian Pembelian Tiket Gagal Diproses
Liga Super
tickets.jdtfc.com.my
Advertisements

Operasi jualan tiket atas talian, TicketHotline alami gangguan server semasa penjualan tiket Piala Sumbangsih melibatkan pasukan JDT menentang Terengganu.

Pihak Johor Darul Ta’zim menerusi satu hantaran di media sosialnya memaklumkan, TicketHotline sedang menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.

“Operator jualan tiket, TicketHotline telah memaklumkan kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bahawa akibat daripada respon yang menggalakkan, server mereka untuk perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim esok telah mengalami masalah.

Advertisements

“Kami telah dimaklumkan oleh Ticket Hotline bahawa mereka sedang cuba untuk menyelesaikan beberapa isu yang melanda server mereka sejak semalam.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ingin menjelaskan bahawa TicketHotline yang menyediakan perkhidmatan penjualan tiket untuk perlawanan ini. Mereka merupakan syarikat rasmi Malaysia Football League (MFL) untuk penjualan tiket bagi semua perlawanan.

“Kami berterima kasih kepada penyokong yang berjaya mendapatkan tiket dan kami juga kesal kerana masih ada penyokong yang mengalami kesukaran untuk membeli tiket. Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

Advertisements

Menerusi tinjuan kami sendiri dan semasa melakukan pembelian, terdapat beberapa masalah berlaku seperti emel verifikasi yang gagal masuk ke inbox dan situasi beberapa perkhidmatan mikro dalam sistem pembelian tiket yang gagal berfungsi.

Menerusi tinjuan di media sosial pula, sebahagian pengguna memaklumkan telah berjaya membuat pembelian tiket namun masih terdapat pengguna yang gagal membuat pembelian dan terdapat juga pengguna yang tidak menjumpai ‘jalan’ untuk melakukan pembayaran.

Selain itu terdapat juga pembeli yang mendakwa telah berjaya melakukan pembayaran namun diminta untuk membatalkan tempahan sedangkan duit telah ditolak dari akaun bank.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram