“Tidak Mudah Dalam Masa Sebulan Kita Nak Dapat Kejayaan” – Faisal Halim
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Semalam, skuad kebangsaan tunduk 3-1 secara agregat kepada Thailand dalam saingan separuh akhir Piala AFF 2022. Tetapi bagi kapten Faisal Halim, di sebalik kekalahan itu, dia percaya skuad ini mempunyai potensi besar untuk berjaya di peringkat antarabangsa.

Atas sebab itu, dia berharap skuad ini dikekalkan agar dapat menikmati kejayaan serupa seperti mana dua pasukan serantau, Thailand dan Vietnam.

“Saya percaya kalau skuad ini dikekalkan untuk dua atau tiga tahun, sudah tentu kita dapat kejayaan. Memang ia memakan masa tetapi lihat seperti apa yang dilakukan Thailand dan Vietnam.

Advertisements

“Tidak mudah untuk mendapat kejayaan hanya dalam tempoh sebulan. Kami sudah cuba buat yang terbaik dan penyokong berbangga apabila kita sudah sampai ke tahap ini.

“Saya kecewa dengan keputusan ini tetapi saya tetap gembira dengan pemain yang membawa kita sehingga ke separuh akhir. Sebagai kapten, saya memohon maaf kerana Malaysia gagal ke final,” katanya.

Dengan mara ke separuh akhir, Malaysia memperbaiki pencapaian Piala AFF selepas sebelum ini tersingkir di peringkat kumpulan pada edisi 2020. Faisal turut muncul penjaring terbanyak kejohanan untuk Harimau Malaya dengan empat gol.

Advertisements

Pencapaian ini pastinya digunakan oleh jurulatih Kim Pan-gon untuk menambahbaik pasukan agar mereka dapat melakar pencapaian lebih baik dalam kejohanan antarabangsa lain termasuk Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram