Tiket Aksi Harimau Malaya Di Stadium Sultan Ibrahim Bermula Serendah RM5

Malaysia Kemboja Tiket Aksi Harimau Malaya Di Stadium Sultan Ibrahim Bermula Serendah RM5
FA Malaysia
Azim Noor @mohdazim45
12:33pm 15/03/2023

Dengan dua lawan persahabatan Harimau Malaya sudah diketahui, ramai tidak sabar bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi memberi sokongan padu kepada mereka. Hari ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan tiket untuk dua perlawanan tersebut dijual hari ini dengan harga bermula RM5.00.

Tiket berharga RM5.00 ini diperuntukkan untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun. Sementara bagi orang dewasa pula, harga tiket ialah sekitar RM30.00.

Untuk dua perlawanan Harimau Malaya menentang Hong Kong dan Turkmenistan, harga tiket yang ditetapkan sama.

Tetapi jika ada penyokong yang berharap boleh mendapatkan tiket di kaunter fizikal seperti biasa, itu tak dapat direalisasikan. Ini kerana penyokong perlu mendapatkannya secara dalam talian menerusi laman sesawang Ticket Hotline.

Yang pasti, anak-anak buah Kim Pan-gon mengharapkan kehadiran pemain ke-12 bagi memacu Harimau Malaya meraih kemenangan ke atas Hong Kong dan Turkmenistan itu.

Malaysia bakal bersemuka dengan Turkmenistan untuk aksi persahabatan pertama di SSI pada 23 Mac ini. Ini disusuli perlawanan persahabatan kedua menentang Hong Kong pada 28 Mac.