Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Menjelang aksi persahabatan antara Lion City Sailors dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) yang berlangsung pada 4 April ini, tiket perlawanan tersebut laris macam pisang goreng panas.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh The Sailors menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi mereka hari ini.

“Kami gembira untuk berkongsi bahawa lebih daripada 80% tiket ke perlawanan Persahabatan Antarabangsa kami menentang JDT pada 4 April telah dijual!

Advertisements

“Untuk peminat JDT, sila ambil perhatian bahawa tiket di bahagian tempat lawan (away) kini sudah habis dijual.

“Bagi mereka yang masih belum membeli tiket, cepat-cepat dapatkan tempat duduk anda di Stadium Bishan untuk menyaksikan The Sailors beraksi menentang juara Liga Super Malaysia 10 kali!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Screenshot 93 Tiket Aksi JDT & Lion City Sailors Laku Keras
Tangkap layar platform tiket dalam talian SISTIC menunjukkan tiket bahagian pelawat JDT sudah habis dijual. Sumber: SISTIC

Tinjauan di platform jualan tiket dalam talian SISTIC turut menunjukkan peruntukan tiket untuk penyokong pelawat sudah habis.

Advertisements

Satu-satunya alternatif bagi penyokong JDT ialah membeli tiket bahagian tuan rumah (home). Bagaimanapun, penyokong diingatkan agar mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh The Sailors.

Perlawanan ini merupakan perlawanan pemanas badan sebagai persiapan kedua-dua pasukan mengharungi musim baru Singapore Premier League (SPL) dan Liga Super.

Kedua-dua pasukan kemudiannya akan bertemu semula buat kali kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 8 April ini.

Advertisements

Penyokong Harimau Selatan yang berminat mendapatkan tiket perlawanan pada 4 April ini boleh mendapatkannya menerusi pautan di bawah.

Klik Di Sini: Tiket Perlawanan Lion City Sailors vs JDT

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram