Tiket Aksi Selangor Habis Terjual Dua Perlawanan Berturut-Turut
Liga Super
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Pertembungan Selangor dan Negeri Sembilan pada hujung minggu ini menyaksikan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal sekali lagi dipenuhi puluhan ribu penonton.

Masih segar dengan kemenangan ke atas Kedah Darul Aman minggu lalu di Petaling Jaya, para peminat The Red Giants terus mendahagakan tiga mata seterusnya apabila dimaklumkan tiket bagi aksi minggu ini laku keras umpama pisang goreng.

Advertisements

Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Selangor FC, tiket bagi aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan pada Ahad ini telah pun habis terjual meskipun masih berbaki dua hari lagi sebelum perlawanan.

Fenomena gelombang Merah Kuning ini merupakan kali kedua berturut-turut berlaku pada musim ini setelah tiket aksi Selangor menentang Kedah Darul Aman minggu lalu turut dilaporkan habis terjual sehari sebelum perlawanan.

Advertisements

Perlawanan tersebut menyaksikan Stadium MBPJ merekodkan kehadiran 10,077 penonton, sekaligus berada di tempat ketiga bagi carta kedudukan kehadiran penyokong bagi aksi Liga Super minggu kedua.

Selangor bakal berdepan Negeri Sembilan pada Ahad ini dengan sepak mula dijadualkan pada jam 8.15 malam di Stadium MBPJ, meskipun venue asal pertandingan adalah di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.

Namun, disebabkan oleh kerja menaiktaraf saliran padang masih belum selesai, pihak Malaysian Football League (MFL) bersetuju untuk mengubah venue ke Stadium MBPJ dan memilih Selangor sebagai tuan rumah terlebih dahulu.

Advertisements

News Comments Account