Tiket Di Stadium Sultan Ibrahim ‘Sold Out’ Dalam Masa Kurang 7 Jam
Piala Malaysia
Syafiq Freman / MakanBola
Advertisements

Tiket perlawanan separuh akhir ke-2 di antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Terengganu habis dijual selepas 7 jam jualan dibuka.

“Semua tiket untuk perlawanan separuh akhir kedua TM Piala Malaysia antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada 26 November 2021 telah habis dijual dalam tempoh kurang dari 7 jam.”

“Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong JDT yang menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kelab. Sila pastikan anda mematuhi SOP yang ditetapkan dan jumpa anda di Stadium Sultan Ibrahim. Luaskan Kuasamu Johor.” Jelas Johor Southern Tigers di Facebook.

Advertisements

Terengganu bakal melayani kunjungan Johor Darul Ta’zim di Gong Badak pada Isnin ini sebelum aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat, 26 November 2021.

Dianggarkan hampir 17,000 penyokong bakal membajiri Stadium Sultan Ibrahim Jumaat ini dan ianya sudah pasti bakal menyukarkan pasukan pelawat beraksi dengan baik.

Kedua-dua pasukan dalam prestasi terbaik sepanjang kempen Piala Malaysia 2021 dan Liga Super 2021.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram