Advertisement
Tiket Perlawanan Indonesia-Argentina Habis Dijual Dalam 2 Minit
Asia Tenggara
MakanBola
@RoyNemer

Sejak perlawanan persahabatan Indonesia-Argentina diumumkan beberapa minggu lepas, ramai tak sabar mahu menonton perlawanan berkenaan di Gelora Bung Karno. Dan difahamkan, dalam tempoh dua minit, tiket perlawanan tersebut sudah habis dijual.

Ini disebabkan sudah ramai yang menunggu mendapatkan tiket perlawanan Indonesia-Argentina secara dalam talian melalui platform Ticket.com. Mengikut laporan CNN Indonesia, lebih 500,000 orang berusaha mendapatkan tiket perlawanan berkenaan semasa jualan dibuat.

Dalam tempoh kurang dua minit, semua empat kategori tiket perlawanan Indonesia-Argentina habis dijual. Ini termasuklah tiket Kategori 3 yang berharga Rp600,000 (RM186) yang pertama habis dijual.

Ini jauh lebih pantas daripada rekod jualan tiket perlawanan yang dibuat oleh Bank BRI khusus untuk pemegang kad dan akaun mereka. Sebaik ia dibuka, semua tiket habis dijual dalam tempoh 12 minit.

Ini menunjukkan ramai warga Indonesia amat teruja melihat Lionel Messi beraksi di Gelora Bung Karno. Dengan beliau turut mengesahkan perpindahan ke Inter Miami, tiada lagi halangan buat dirinya mengetuai skuad Lionel Scaloni untuk aksi persahabatan yang paling dinantikan itu.