Timnas Indonesia B-20 Raih Kemenangan Pertama Di Turki
Dunia
PSSI
Advertisements

Timnas Indonesia B-20 meraih kemenangan pertama dalam jelajah Turki mereka semalam. Ini selepas pasukan bimbingan Shin Tae-yong berjaya mengalahkan Cakallikli Spor 2-1.

Timnas B-20 membuka jaringan menerusi Ginanjar Wahyu pada minit ke-17. Gol kemenangan Garuda Muda disumbat oleh Ricky Pratama lima minit sebelum tamat perlawanan.

Selepas Cakallikli Spor, Timnas B-20 bakal berdepan cabaran pasukan Turki B-19 pada Rabu ini.

Advertisements

Latihan pusat di Turki merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan Tae-yong menghadapi Piala Asia B-20 dan Piala Dunia B-20 pada tahun hadapan.

Manakala bagi pasukan Turki B-19 pula, ia bagi mempersiapkan mereka menghadapi Kejohanan Eropah B-19 2023.

Selama berada di Turki, Timnas B-20 akan mengadakan enam perlawanan persahabatan. Antara lawan lain yang disahkan menjadi lawan mereka ialah Antalyaspor B-19 dan Alanyaspor B-19.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram