Tindakan Cristiano Ronaldo Santuni Kanak-Kanak Mangsa Gempa Bumi Raih Perhatian
Inspirasi
@Turki_alalshikh
Advertisements

Seorang kanak-kanak Syria yang terselamat daripada tragedi gempa bumi bulan lalu tidak menyangka impiannya bertemu Cristiano Ronaldo menjadi realiti. Ini selepas Rabea Shaheen, 10, dipertemukan dengan wiranya itu.

Tidak lama selepas tragedi yang melanda sebahagian wilayah Turki dan Syria itu, nama Shaheen tular di media sosial selepas menyatakan keinginannya mahu bertemu dengan Ronaldo. Video temubualnya itu mendapat 2.3 juta tontonan.

Pada Jumaat lepas, Rabea dipertemukan dengan Ronaldo dalam satu video yang dikongsikan oleh Pengerusi Lembaga Hiburan Awam (GEA), Turki Al-Sheikh.

Advertisements

Dalam video yang mendapat tontonan 6.1 juta kali itu, kanak-kanak itu dilihat berjalan pantas ke arah Ronaldo. Dia kemudiannya berjabat tangan dengan bekas penyerang Manchester United itu sebelum memeluknya sambil mengatakan, “Saya sayang kamu.”

Legenda Portugal itu hanya tersenyum sambil membalas, “Anda baik-baik saja.” Di akhir video berkenaan, Shaheen berharap Al-Nassr dapat mencatat kemenangan ke atas lawan mereka, Al-Batin.

Turki menyifatkan semua ini takkan terjadi tanpa kerjasama semua pihak. “Kegembiraan anda ialah kegembiraan saya. Semoga Allah merahmati Raja, pemimpin yang berinspirasi, Putera Mahkota dan Perdana Menteri, semua warga Saudi dan terima kasih kepada bintang antarabangsa ini yang hebat,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.

Advertisements

Selain Shaheen, Ronaldo turut memenuhi impian seorang kanak-kanak lumpuh bernama Ibrahim Al-Anzi. Ibrahim, 5, sudah lama teringin bertemu dengan beliau dan itu dinyatakan terus kepadanya.

Dalam beberapa jam, Turki kemudiannya mengatur satu pertemuan antara Ronaldo dengan kanak-kanak istimewa itu. Bagi Ibrahim, ia satu detik yang takkan dapat dilupakannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram