“Tindakan Kurang Bijak, Pertama Kali Berlaku Dalam Dunia” -Razman Roslan
Piala Malaysia
Astro Arena
Advertisements

Lagenda bola sepak Malaysia, Razman Roslan terkejut dengan apa yang disaksikannya selepas melihat reaksi yang dipamerkan dari pemain tengah Terengganu, Liridon Krasniqi.

Beliau dalam satu kenyataan kepada Astro Arena menjelaskan bahawa pemain tengah berbakat ini merupakan pemain terbaik pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia berdepan KL City.

Namun begitu, tindakan luar kawalan dari pemain kelahiran Kosovo itu menyebabkan beliau merasakan ia menjadi tindakan yang kurang wajar.

Advertisements

“Liridon bermain sangat baik sepanjang 90 minit sebelum dikenakan kad kuning,” ujar Safee.

Menurut Azman Adnan, cara Liridon jatuh dari usungan pegawai perubatan itu merupakan satu keadaan yang jarang berlaku.

“Kalau ada sedutan keadaan tersebut saya mahu lihat kerana ia jarang berlaku.Pegawai membawanya dengan elok dan secara tiba-tiba beliau (Liridon) jatuh.”

Advertisements

Razman menganggap tindakan yang tidak sepatutnya ditunjukkan oleh pemain bola sepak profesional.

“Bagi saya satu tindakan kurang bijak, tak sepatutnya berlaku, merugikan dia dan juga pasukan. Ini pertama kali berlaku dalam dunia,” jelasnya kepada Astro Arena.

Terengganu mara ke final berdepan JDT setelah membenam KL City dengan agregat 4-2.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram