Tindakan Ngeri Pemain Hentak Kaki Ke Muka Rakan Sepasukan
TV
Red Card Alert
Advertisements

Aksi La Liga membabitkan Celta Vigo dan Almeria semalam menyaksikan seorang pemain terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dihentak ke muka oleh rakan sepasukannya.

Insiden ini menimpa pemain muda Argentina, Luka Romero yang beraksi untuk Almeria selepas dipinjamkan dari kelab gergasi Itali, A.C. Milan.

Pemain tengah Celta, Luca de la Torre berusaha melarikan bola daripada dikejar pemain lawan. Ini mendorong Marc Pubill cuba melakukan terjahan ke atasnya.

Advertisements

Malangnya, terjahan keras yang cuba dilakukan bukan saja berjaya dielak oleh de la Torre. Sebaliknya, terjahan itu terkena pipi Romero.

Selepas mendapat rawatan beberapa minit, pemain Argentina itu dikejarkan ke hospital dan digantikan dengan pemain gantian, Leo Baptistao.

Insiden ini tular di media sosial dengan ramai peminat merasa ngeri melihat apa yang berlaku.

Advertisements
https://twitter.com/collinabanter/status/1763677400301199813

Perlawanan semalam berakhir dengan kemenangan 1-0 buat tuan rumah, Celta Vigo. Gol kemenangan pasukan yang dibimbing Rafa Benitez itu dijaringkan oleh Oscar Mingueza.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram