Tindakan Pantas Kim Pan-gon Hidu Helah Turkmenistan Dipuji B. Sathianathan

KPG HM Tindakan Pantas Kim Pan-gon Hidu Helah Turkmenistan Dipuji B. Sathianathan
FA Malaysia
Nik Faris @nikfalovic
8:01pm 24/03/2023

Tindakan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang dapat mengesan helah Turkmenistan dengan lebih awal telah menyaksikan Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan bermakna semalam.

Menurut analisis yang dilakukan oleh B. Sathia nathan, pengendali tersebut melihat percaturan ampuh yang dilakukan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah membawa kejayaan kepada Malaysia.

Mengulas lanjut, Sathia percaya bahawa pengendali berusia 53 tahun itu sudah pun bersedia dengan sebarang kemungkinan pada perlawanan tersebut.

“Ya jika kita lihat perlawanan tersebut, shape nya tidak hilang cuma ada sedikit perubahan. Kemasukan Feroz telah mengubah kedudukan pemain menjadi 5-4-1.”

“Kita tahu Feroz memiliki ketinggian dan boleh melakukan tandukan dan menyaingi pemain Turkmenistan. Itu satu taktikal yang baik (memasukkan Feroz) dan perlu dilakukan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Permainan skuad negara bagaimanapun dikesan semakin kendur setelah barisan pemain utama dikeluarkan namun kekebalan benteng pertahanan negara mengekang segala asakan dipuji oleh Safee Sali dan juga Zainal Abidin Hassan.

Malaysia dijangka terus mempamerkan taring apabila dijadualkan bertemu Hong-Kong pada 28 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim.