Tindakan Penyokong Hamburg Raikan Gol Terlalu Awal Makan Diri
Eropah
@eurofootcom
Advertisements

Normal bagi penyokong bola sepak berlari ke padang bagi meraikan kemenangan pasukan mereka yang berharga. Tetapi tindakan penyokong Hamburg melakukannya terlalu awal memakan diri apabila pasukan mereka gagal layak secara automatik ke Bundesliga.

Dengan 2. Bundesliga memasuki perlawanan terakhir, Hamburg berharap kemenangan ke atas Sandhausen sudah cukup untuk menjadikan mereka naib juara. Pada masa sama, mereka berharap pesaing terdekat Heidenheim seri atau kalah bagi mengesahkan kelayakan ke Bundesliga.

Gol Jean-Luc Dompe pada minit ketiga sudah cukup menjamin kemenangan buat Die Rothosen di Sandhausen. Tanpa mendengar keputusan-keputusan perlawanan lain, penyokong pelawat berlari ke atas padang kerana menyangka mereka sudah kembali ke Bundesliga.

Advertisements

Tetapi mood penyokong Der Dino bertukar muram apabila dua gol lewat Heidenheim memastikan mereka menang 3-2 ke atas Jahn Regensburg. Dan Heidenheim tidak disangka-sangka layak sebagai juara kerana pendahulu Darmstadt dibelasah 4-0 oleh Greuther Furth.

Ia dianggap satu penamat dramatik bagi tiga kelab berkenaan. Dengan keputusan tersebut, Heidenheim dan Darmstadt layak secara automatik ke Bundesliga dengan Hamburg pula terpaksa melalui perlawanan penentuan play-off.

https://www.youtube.com/watch?v=E-wZjd1PKGw

Perlawanan penentuan play-off dijangka sukar di mana Die Rothosen perlu berdepan VfB Stuttgart yang menduduki tangga ke-16 Bundesliga. Dengan Die Schwaben mahu kekal di divisyen atas, ia menjanjikan perlawanan sukar buat anak-anak buah Marcell Jansen.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram