Tindakan dua pemain warisan negara, Wan Kuzain Wan Kamal dan juga Kobe Chong telah menyentuh hati rakyat Malaysia.
Harimau Malaya meneruskan perjuangan bagi aksi ke-5 Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan berkunjung ke Bishkek bagi menentang Kyrgyzstan.
Skuad kebangsaan melakukan tugas yang cukup menakjubkan apabila berjaya mengikat lawan ke-100. dunia itu dengan keputusan 1-1.
Perjalanan Malaysia dalam menempuh laluan ke pusingan ketiga kelayakan telah menarik minat dua watak pemain warisan negara, Kuzain dan Kobe Chong.
Menurut perkongsian Frfuturetalents, bintang St Louis City itu telah berkongsikan detiknya menyaksikan perlawanan Harimau Malaya secara langsung dari Amerika Syarikat.
Kobe pula memuat naik satu hantaran yang menunjukkan beliau sedang menyaksikan perlawanan tersebut dari kaca tv.
Sebelum ini, tular berita mengenai proses mendapatkan pengesahan sedang berlangsung melibatkan Kuzain dan Kobe Chong.
Malah, Kobe yang juga bekas pemain terkemuka di England memberi bayangan bahawa beliau bakal tiba di Malaysia dalam beberapa minggu akan datang.
Semangat yang ditunjukkan oleh dua pemain ini membuatkan para peminat kembali membuka hati untuk menyaksikan mereka memperkuat skuad kebangsaan.
Sebelum ini, laman Frfuturetalents juga telah menyebut beberapa pemain yang berpotensi mewakili Malaysia susulan memiliki pertalian darah menerusi jalur ibu dan juga bapa mereka seperti Ferdy Druijf, Dewsbury-Hall dan ramai lagi.