“Tiru Cara Kelantan” – Stuart Ramalingam
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam mengakui kagum melihat transformasi menyeluruh dilalui Kelantan FC sejak diambil alih oleh Norizam Tukiman (Zamsaham).

Stuart telah berada di Kota Bharu sejak Ahad, dan telah berkesempatan untuk mengunjungi TRW Shop, serta meluangkan masa bertemu dengan Zamsaham untuk mengetahui halatuju serta perkembangan terkini kelab pantai timur itu.

Beliau juga kemudiannya hadir ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bagi menyaksikan Majlis Pelancaran TRW International Football Academy sebelum sepak mula aksi Piala Malaysia menentang Sarawak United pada Isnin lantas memuji inisiatif terbaru diambil Kelantan FC itu.

Advertisements

Justeru Stuart berpendapat pasukan Liga Malaysia lain wajar menjadikan kelab itu sebagai contoh yang baik untuk dituruti.

“Kelantan FC bukan sahaja kreatif dan profesional di atas padang malah juga di luar padang.

“Buktinya selepas diambil alih Zamsaham, Kelantan mempunyai banyak nilai tambah dan menunjukkan prestasi bagus. Urusan lesen tiada masalah dan harap pasukan dapat harungi musim 2023 dengan baik,” katanya.

Advertisements

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail.

Sementara itu, mengenai penubuhan TRW International Football Academy, Zamsaham berkata ia akan menjadi platform terbaik pembangunan bakat cilik dan akar umbi bola sepak di negeri Kelantan.

Tambahnya, akademi yang berpangkalan di Jalan Bayam itu menyasarkan 300 pelatih bagi peringkat awal membabitkan lima kategori umur iaitu bawah 8, 10, 12, 14 dan 16 tahun.

Advertisements

“Kita ubah hotel kepada akademi, dan buat kerjasama dengan beberapa sekolah dan universiti di Kelantan. Kita telah terima banyak permohonan bukan hanya di Kelantan tetapi daripada luar seperti Selangor dan Johor,” ujarnya.

Zamsaham juga memberitahu, akademi itu akan dibarisi tenaga pengajar yang berpengalaman luas termasuk ketua jurulatih Kelantan FC ketika ini, Rezal Zambery Yahya dan mereka juga akan bekerjasama dengan dua akademi bola sepak dari Afrika termasuk Senegal, bagi menyediakan program latihan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram