TMJ Bagi Kata-kata Semangat Penuh Inspirasi Kepada Pemain JDT
Piala Malaysia
HRH Crown Prince of Johor
Advertisements

Tidak ramai tahu kejayaan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) merangkul Piala Malaysia 2023 semalam didorong oleh ucapan bersemangat oleh Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim semalam.

Sebelum skuad Harimau Selatan bersiap sedia beraksi di atas padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), baginda mencemar duli melawat bilik persalinan mereka.

Di sinilah Tunku Ismail mengingatkan para pemain dan staf kejurulatihan JDT bahawa kejayaan ke final tidak akan berlaku tanpa usaha dan dedikasi semua yang terlibat.

Advertisements

Justeru, baginda mahu semua pemain menunjukkan kesungguhan bila beraksi di final. Ini sebagai manifestasi kehebatan JDT sebagai pasukan gergasi tanah air yang terulung.

“Semua, ingat. Hari ini ialah satu lagi hari di mana kita akan mencipta sejarah. Ingat apa yang saya katakan semalam. Semua orang kena muncul, tiada siapa yang menghilangkan diri. Tiada orang jadi bayang-bayang, semua orang kena muncul.

“Anda tahu kenapa? Apabila anda muncul, sikap anda yang membawa kita ke (pentas final) di sini. Kita berada di sini sebab anda memunculkan diri hampir setiap masa. Itu sebab kita berada di sini hari ini.

Advertisements

“Kita semua berada di sini disebabkan kamu semua tunjukkan perwatakan yang betul. Itu pasal kita ada hari ini. Ingat ya, kelab ini telah mencipta banyak sejarah. Gelaran juara demi juara, kemenangan selepas kemenangan, pencapaian selepas pencapaian.

“Ini bukan kerana kelab ini kelab yang hebat tetapi disebabkan orang seperti anda di kelab ini. Itu sebab kelab mampu berada di kedudukannya hari ini. Kita berada di sini bukan disebabkan kelab ini yang hebat tetapi kerana perwatakan setiap individu dalam kelab ini.

“Itu sebabnya, faham? Jadi, sekarang dengar, kita Harimau Selatan. OK, jadi keluar dan nikmati keagungan (final) ini,” kata baginda.

Advertisements

Video ucapan penuh semangat Tunku Ismail ini disiarkan menerusi satu hantaran di Instagram rasmi baginda hari ini.

JDT berjaya mengatasi cabaran Terengganu FC 3-1 untuk mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia yang dimenangi pada tahun lepas.

Video Penuh: Ucapan Semangat TMJ Kepada Para Pemain JDT

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram